Ditulis Tuesday 14 June 2011(copy n paste dari blog lama)
Cuti sekolah,aku dan mak aku serta adik sepupu ke johor gi rumah kakak aku.Kat sana.aku busy gila..xsempat nak berblog.Nak bermsg pub x sempat.bertolak 5 june, smpai jb dah mlm.esok tu baru jalan2.6hb kami berjalan2 di Jusco Bkt Indah..on the way balik singgah pasar beli bhn2 untuk msk laksa.Aku yg msk.setiap kali aku nk mkn laksa aku mmg akan msk sendiri.boleh mkn berulang2.tp ni kakak aku yg request,so aku pun msk la.klu dia x request aku pun mmg nak msk laksa tuk dia.sbb aku rasa aku msk laksa sedap.rugi klu x bg org rasa benda yg aku rasa aku terror buat.tgh mlm baru la siap laksa aku tu.semua pun dah tido,jd keesokan tu barulah diaorg mkn.
7hb waktu kakak aku keluar buang sampah..terjumpa sekor kucing cedera duduk ditangga dpn umah kakakaku.kucing tu entah dari mana dan mcm mana boleh naik duduk di tangga dpn umah kakak aku.,dalam keadaan yg amat teruk.luka di kedua2 belah bdn dgn kesan lubang yg dlm.mungkin ditusuk besi atau apa2 yg tajam.sebelah kiri luka lebih dalam dan besar.keadaan kucing tu amat mengerikan.dia nmpk lemah dan lesu serta kelaparan.kami memberinya makan ditingkat bwh rumah.tapi kucing tu asyik naik dan duduk dpn pintu kakak umah kakak aku.walaupun dah berkali2 kami hntr turun tingkat bwh,tp kucing tu asyik naik semula dan duduk dpn pintu rumah.sambil berbunyi dgn suara perlahan.mungkin sdg menanggung kesakitan yg amat sgt.mulanya kami membiarkan dan keluar meneruskan aktiviti jalan-jalan.Apabila pulang kerumah pada sebelah malam kucing tersebut setia tunggu dpn pintu rumah.kesian sgt tgk keadaan dia jd kami plan bw dia ke spca,kllinik veterinar.pastu nk tinggalkan kat sana.lps dipertimbangkan aku ambil keputusan utk bela kucing tu sendiri.
Keesokannya 8hb.waktu pagi bila kami buka pintu mmg kucing tu masih kat dpn pintu dan mengiau bila nmpk kami.aku dan kakak aku cpt2 bersiap dan keluar dgn bawa kucing tersebut terus kitaorg gi beli sangkar kucing dan bw dia ke klinik veterinar.sampai di klinik tersebut,kami perlu mengisi borang.setelah diisi butiran sampailah ke bhgn nama haiwan.kami memikir nak bg nama apa kat kucing yg malang dan tidak bernama ni.fikir punya fikir sbb x mempunyai masa yg pnjg,jd kakak aku meletakkan nama 'Baby' memndangkan kucing tu adlh kucing betina.so scr rasminya..nama dia 'Baby'.nasib baik kami sampai x de org.lps tu baru ada.
gambar 'Baby' yg menunggu di pintu rumah dlm keadaan cedera
Lps dah isi form kami terus disuruh ke blkg untuk rawat 'Baby'.Baby yg lemah dan sakit x mengeluarkan byk bunyi sbb sakit sgt sampai x lrt bersuara kot.'Baby diletakkan di atas tempat merawat.lihatlah keadaan 'Baby yg lemah..
'Baby' ketika sampai di klinik.
Dokter yg rawat tu ckp 'Baby' demam kuat,41.7 darjah.kalau manusia dah x bgun dari katil la.tp aku salut kucing ni kuat dan bertahan.luka 'Baby' dibersihkan..sewaktu doktor mencuci luka baby,cecair antiseptik digunakan dgn dituang ke luka 'Baby'.waktu tu baru tahu brp dlm luka 'Baby' ni.muncung botol yg seinci tu pun leh msuk dalam tempat luka.kejam betul org yg mencederakan 'Baby'.aku sumpah org tu kena bencana yg amat dasyat.dokter tu sendiri pun ckp bukan sbb gaduh ngan kucing lain atau kena apa2 scr x sgj.tp ni perbuatan kejam yg sengaja dilakukan dgn mencucuk kedua2 belah bdn kucing tu spt kavadi.kucing tu menjerit2 kesakitan dgn balance tenaga yg ada.ak terpaksa pegang 'Baby' ketika proses tersebut.akibatnya aku pun terkena cakaran dan gigitan dari 'Baby'.lps tu dokter ltk iodin dan ubat krim warna putih.lps dah selesai cuci dan ltk iodin serta krim ,'Baby' diinject antibiotik dan ubat bengkak di paha.menjerit lagi baby.amat kesian dan menyedihkan klu tgk.mmg x sanggup nk tgk betapa sengsaranya 'Baby' waktu tu.
Lps dah siap kami masukkan baby dlm sangkar semula.kretika byr bil rawatan 'Baby', caj hya Rm20 je.murah.klu gi klinik swasta mesti mahal.disertakan dgn ubat 'Baby'.
ubat 'Baby'.sehari 3 kali.kami guna syringe untuk bagi
baby mkn ubat.yg hitam tu iodin.sapu di luka baby.
luka di sebelah kiri besar dan dalam.sedalam satu inci.
luka di sebelah knn x brp besar tp dalam dia seinci jgk.
gmbr ni diambil pd 10 june.2 hari lps dibw ke klinik
nmpak luka baby dah mengecil.baby dah nmpak kuat skit,
Baby yg santai di balkoni rumah kakak ku di JB.
pose istimewa dr pesakit yg bernama Baby.photo ni
diambil pada 10hb.Baby dah sht skit.
Kami bw Baby pulang ke KL pada 10 june dari JB.Baby duduk diam dlm sangkar,naik keta.
Xpsl2 aku dan family aku jd busy.byk tanggungjawab.nk bg mkn Baby,bg makan ubat,pastu buang dan bersihka najis.layan dia mcm puteri.untong Baby.
photo 11hb.luka yg besar dah mengecut
photo 11hb..luka kanan nmpk mengecil dgn cpt.
photo pada 14 hb,luka yg kiri tu dah mengecil dan kering
Baby dah aktiv dan bermain2.
Pose baby yg dh sihat pada 14 hb.dah nmpk berisi dan lebih comel.
Pd 14hb,aku belikan pasir kucing daan bekasnya sekali untuk baby.aku beli kat carrefour.
Pada 15hb,aku memberinya ubat spt biasa pd sebelah pagi.Rutin ubat baby adalah 11 pagi,5 ptg dan 11 mlm.tp arini aku blik lmbt.x smpt bg babty mkn ubat kul 5.Baby kelihatan spt biasa.ptg aku keluar dan bila balik rumah aku tgk Baby lemah dan x mkn mknn yg dihidangkan. aku x rasa apa2 lg.Pastu kul 8 mlm aku bg dia ubat dan Baby termuntah balik.Terus Baby nmpk lemah dan aku perasan dia mcm sakit.mungkin aku terlebih bg ubat kot selama ni,smpi baby mcm pening2.untuk mlm ni aku xkan bg baby mkn ubat.biar pulih dulu.Klu keadaan Baby tetap sama aku akan bw Baby ke klinik haiwan utk check esok.Kesian Baby..Hrp esok Baby pulih mcm biasa.I love u Baby.
16 hb-Baby lemah dan x bermaya.aku call hospital veteriner dan confirm utk pi keesokannya sbb waktu ni klinik dah tutup.Mlm tu aku susah hati.Baby dah brp kali muntah.keluar cairan kuning,ubat yg aku bg dia mkn.langsung x lalu mkn ,aku dah cuba sedaya upaya bg baby mkn ttp dia xmau mkn.atas nasihat doktor yg aku kol,aku pun bg minum glukos.walaupun Bbay xmau minum aku kena paksa Baby minum gak guna syringe.mlm tu sepanjang masa bg mkn aku meminta maaf kat Baby sbb terpaksa memaksa dia minum gak.kesian Baby asyik menolak tp Baby bx mkn seharian.mcm mana pun aku kena bg gak glukos.perut Baby dah kempis dan Baby jalan terhoyong-hayang.baby berguling mcm kesakitan dan nmpk mcm nak go pun ada.aku berckp2 ngan Baby dgn mengatakan yg dia akan sembuh sbb Baby kuat.Baby berjaya harungi kesakitan lukanya dulu mesti dia leh menghadapi kali ni plak.cuma aku x pasti knp Baby jd camtu.Adakah sbb aku terlebih bg ubat scr xsengaja atau sbb lain.Sebelum aku tido dan tinggalkan Baby di tempatnya aku mencium dahi berkali dan ucap kat Baby yg dia akan sembuh.
Pada 17hb,aku bgun awal sbb nk bw Baby pi klinik veterinar tu.Bila aku pi kat tmpt Baby,aku tgk Baby dah terbaring keras kat atas lantai.aku tergamam xpecaya.aku pi pegang bdn Baby dan dah keras.maksudnya lps aku pi tido waktu tu mesti Baby tgh struggle sakaratul maut.dan Baby dah meninggal waktu tu.Teramatlah sedih aku waktu tu.aku menangis memanggil nama Baby.aku xpecaya Baby boleh pegi mcm tu sj.Byk yg aku rancang utk Baby sekiranya Baby sembuh.Aku plan nak mandikan dia lps semua luka dia tangkup,dan nak bg dia main2 satu rumah.Nak belikan mainan untuk dia.aku pun plan nk bw dia jln2 dlm keta dan dan nak bg tido ngan aku.Tp semua tu xsempat.allah dah ambik Baby dulu.Aku x dpt menahan kesedihan.Berjam2aku menangis.aku balut bdn Baby ngan tisu dan balutkan dgn baju aku yg berwarna putih.dgn harapan semoga aku jmpa Baby lg di akhirat.aku x pasti kita leh jmpa kucing kita semula x dialam lain.tp waktu tu aku hya fikir nk jmpa Baby semula.aku terkilan yg amat sbb x jg baik baik2.aku dh cuba sebaik mungkin tp knp leh gagal dan baby yg dah pulih dan sihat tiba2 jatuh sakit mengejut.tu yg buat aku terkilan sgt.aku dh syg dia sgt tiba2 go mcm tu sj x stanby aku.4 hari direct aku nangis.
Baby terbaring kaku ketika aku jumpa dia pg tu.
aku letakkan Baby atas paper.
wajah Baby yg dah xbernafas.dgn air mata
berlinang aku ambil gmbr Baby utk kenangan.
aku balut Baby ngan tisu pastu balt ngan baju aku.
aku ltk bantal untuk Baby.guna tisu.
aku ltk kat tgh rumah
Waktu tghari,bila aku dh leh behebti menangis aku turun tya pakcik guard tu kat mana aku leh tnm kucing.aku bgtau kucing aku mati.Dia ckp xpe.bungkus kucing tu nanti dia akan korek lubang kat blkg surau.surau tu sblh rumah je.Pastu kul 12.30 tghr,aku bw turun baby utk dikebumikan.ltk elok2 dlm sangkar dia dan aku bw trun.Pakcik guard tu xbg aku msuk ke kwsn surau.dia ckp xpe dia tnm,aku jgn msuk.aku pelik apsal guard tu mati2 x bg aku masuk.tp lps tu aku meluru masuk gak sbb nk tgk Baby utk kali terakhir.xsempat aku nk tgk baby kat liang lahad dia,Baby dah ditimbus.cpt betul pakcik tu tnm.aku cuma dpt tgk kubur baby ditimbus.dan aku menangis kat situ.aku sedih balik.aku xdpt kawal.patutla pakcik guard tu x bg aku tgk dia tnm Baby sbb dia tau aku nanti menangis.air mata aku keluar x henti.aku pun upah pakcik guard tu rm10 sbb sudi tnm Baby ngan elok.Pastu aku naik ngan sangkar kosong Baby.Teramatlah sedih.xdpt digmbrkan.sampai mlm aku nangis.aku peluk semua brg2 Baby.Aku panggil2 nama Baby dgn harapan Baby balik duduk ngan aku walaupun aku xnmpk.dan aku minta maaf byk kali sekiranya aku terpaksa bg dia mkn ubat.dansekiranya tersilap bg dgn bg terlebih dos.
hari kelima Baby mati aku dah boleh cotrol.dh x nangis.tp keesokannya aku teringat baby aku nangis lg.
hari kesembilan Baby mati aku nangis semula sbb aku sdg menulis entri ni.Lps Baby mati aku xdak mood nk berblog atau update sbb aku sdg bersedih..Semoga Baby sdg bahagia da sihat dan gembira kat tmpat yg disediakan Allah.Baby x sakit lg.mesti Baby sdg tgk aku.mmm.mesti semua kata aku gila...






0 comments:
Post a Comment